Wednesday, September 26, 2012

Kahwin oh Kahwin - Wedding Planning! Tiring but Fun!!

Checklist Kahwin : 


Katering
Done. (Thanks to Makcik Hajah Rahimah dari Indah Cafe sebab sudi ambil order last minute.)

Jemputan
Done. - (Alhamdulillah, mak-mak sedara, sepupu-sepapat serta kenalan rapat bakal datang untuk meraikan majlis nikah nanti.)

Perkakasan untuk nikah 
Complete check.
Kasut Nikah 
Keronsang
Tudung dan inner - macam tak kena aje dengan Baju Nikah. Tapi, tak apa. Ada masa lagi nak beli.
Korset.
Inai - dah pakai. Tapi, nampak macam buruk jer... huhu..
Bantal Nikah - Pinjam dari Kak Nuralina@Kak Ina dari D'risik Boutique di Pertama Complex. Selalu tolong jahit tulang belut untuk baju kurung dari butik milik Kak Ina. Anyway, thanks kakakku sayang sebab sudi pinjamkan Bantal Nikah untuk majlis saya nanti.

Baju Nikah
DAH SIAP!!! (Pandai Kakak tailor tu! Macam dia tahu jer fesyen yang aku nak! Thanks Kakak!)

Doorgift
Simple and bermanafaat. Memandangkan majlis nikah tu nanti dibuat di masjid, jadi saya kasi Senaskah Yasin dan towel kecik je. Walaupun ada sedikit kesal sebab tak survey dulu Yasin Customized tu.. Tak tahu pun! Tapi, alhamdulillah, Encik Tunang kata, ikhlaskan hati memberi. Jangan ikut nafsu nak cantik-cantik aje, tapi nanti mulalah nak menyesal sebab bagi yang mahal..
Dan untuk kanak-kanak, of course ler.. jajan... coklat dan gula-gula. Kalau nak bundle, boleh cari kat Fantasy Jungle Food, NSK Selayang. Rasanya ada jugak kat Wangsa Maju dan mungkin di cawangan NSK yang lain.

Apalagi yer? 

Alahai, dah lupalah. Maklumlah, saya bukan jenis yang suka rancang dari awal. Takut nanti berubah pelan rancangan. Susah jugakkan? Tapi, apapun yang penting-penting semuanya dah siap. Alhamdulillah, walaupun tak pernah langsung ambil peduli tentang majlis kahwin, dan tak ada pengalaman untuk merancang perkahwinan, tapi, akhirnya saya berjaya melakukan semua sendiri. Sekarang, yang tinggal untuk pergi ke Masjid agar dapat disatukan. Harapnya, majlis nanti berjalan lancar. 

Ya Allah tak sabar rasanya untuk melepasi hari akad nikah. Bukan sebab gatal atau nak gedik-gedik. Tapi, hakikat sebenarnya, nak leraikan rasa penat berfikir apa lagi nak diselesaikan. Makin banyak fikir, duit pun makin banyak keluar. Mujurlah, kesedaran diri tu masih ada lagi. Dan terima kasih pada Encik Tunang yang sentiasa ingatkan Cik Tunang ni supaya berjimat...

Walau apapun, saya tetap puas hati sebab majlis belah saya nanti, saya sendiri yang lakukan. Simple but it gives me experience and memories that I will never get, ever in my life... Now, I'm wishing that everything will go smooth and success....


Wednesday, September 19, 2012

Kahwin oh Kahwin - Kasut Nikah dan Kasut Sanding.

Kasut Nikah dan Kasut Sanding.

Oppsss.. Topik paling menarik, dan yang paling saya rasa tak sesuwaiii... Aduhai. Cerita pasal bab kasut nilah yang buat saya takut. Bukan takut nak pakai. Maklumlah, kasut nikah and sanding ni kebanyakan orang guna yang HIGH HEELs. Tapi, Bride to Be yang seorang ni palinglah tak selesa nak pakai kasut tinggi.

Tambahan pulak, kalau saya pakai heels, nanti Mr Groom to Be nampak pendek pulak.

So, 'calon-calon' kasut pilihan? Yang macam ni...



Kasut Cinderella? Opss...



Kasut Kaca Cinderella yang dibawah ni pun cantik... Tapi, ini sesuai untuk tema Fairy Tale Wedding. Sesiapa yang nak jadi Puteri Cinderella bolehla cari kasut ni 


















Tapi, yang saya mahukan adalah begini... Kalau dapat yang rendah sikit heel, ok jugak.




So, pencarian Kasut Nikah dan Kasut Sanding bermula....
Eh, Kasut Sanding dah ada, so Kasut Nikah ajelah.......

Doakan saya berjaya....



Tuesday, September 18, 2012

Kahwin oh Kahwin - Part 2

Hai.

Lagi seminggu lebih jer nak bergelar Ratu Sehari.

*'Ratu Sehari'lah sangat! Hehehehe...*

Apa-apapun, saya buat jemputan mulut untuk jemput sahabat handai dan juga saudara mara terdekat. Tapi, dek sebab nak juga buat kad untuk dijadikan simpanan peribadi, maka terciptalah kad jemputan buat sendiri.

Tak ada apa yang menarik pun dengan kad yang di reka sendiri ni. Yang pasti, saya rasa puas sebab buat sendiri. Bukan senang nak buat tak. Maklumlah, kita bukan pandai sangat mereka benda-benda kreatif ni. Tapi, berbekalkan semangat jitu dan juga pengorbanan tak tidur malam, akhirnya jadi juga kad jemputan ke Majlis pernikahan saya nanti.

So, untuk tatapan anda. Inilah kad jemputan ke pernikahan saya nanti.







Saturday, September 15, 2012

Kahwin oh Kahwin!! - Part 1

Checklist untuk Hari Pernikahan..

  • Baju Nikah : Done
  • Kad Jemputan / Jemputan 'Mulut": Done
  • Surat Kebenaran Nikah: Done *paling penting ni!! Dah hantar balik pada JuruNikah untuk simpan sampai hari pernikahan.*
Hmmm.. apalagi? 
Sebenarnya, bila sudah mencapai bulan atau minggu-minggu terakhir ni, rasanya perasaan bukan setakat kosong lagi, tapi, dah tak ada apa-apa. Lebih hebat dari kosong. Jadi, saya buat apa yang perlu dibuat. Memandangkan saya nak buat majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh saudara terdekat dan kenalan rapat, maka tak banyak sangat yang perlu dilakukan.

Yang pasti, tinggal katering dan susun atur majlis jer. Dan sudah pasti nak tunggu upacara berlangsung. *dup-dap,dup-dap.* Kalau boleh nak delegate kerja pada saudara-mara, tapi..ehem, lebih puas hati kalau buat sendiri rasanya...

Apapun, sebenarnya, terpulang pada individu. Kalau kreatif dan ada kudrat, rasanya boleh buat sendiri. Jimat Kos lagi tu. Pada saya, Alhamdulillah, Allah SWT berikan kudrat dan buah fikiran walaupun dalam saat genting untuk mencipta kelainan di hari bahagia saya sendiri.

Anda pula bagaimana?