Alahai.......
Sapa2 yg membesar zaman 90an, pasti akan cakap pernah baca buku Ahadiat Akashah. Tak terkira byk buku dia, tapi yang aku ingat, Budak Setan, Budak Momok, Kau Doktor Hatiku, Pilot Cafe, Cinderella dan entah-entah apa lagi judul dia, aku pun tak ingat.. byk sgt. Maklumlah, member ni pecah Malaysia Book Of Record sebab buku2 dia yang banyak2 tu..Salute dengan penulis ni sebab dialah aku pernah terfikir untuk tulis novel macam dia jugak, dan aku tahu ramai kat luar sana tu pun ada cita-cita macam aku ni..
Anyway, terkejut bila tengok trailer Lagenda Budak Setan kat dalam bas RapidKL, macam cool, hebat dan dasat. Mak aku pun siap cakap nak tengok filem ni sebab geram bila tengok scene dalam trailer tu, Que Haidar jadi orang gila pukul Lisa Surihani dan seorang lagi pelakon perempuan yang tak dikenali. Tapi, bila dah tengok, aku terfikir bukan setakat dua kali tapi, berkali-kali sebab cerita Lagenda Budak Setan tu tak menepati standard dan expectation yang aku nak. Something wrong somewhere..macam ada yang tak kena. Of course, kita tak boleh expect yang cerita tu akan tiru bulat2 macam dalam buku, but we expect good quality of movie and not for the sake of viewing a good view and good looking actors or actresses.
Aku buat study sendiri, sebelum pergi panggung. Baca buku cerita dia 3-4 kali sampai aku rasa macam aku nak jadi orang yang macam Ayu, ada Kasyah yang menunggu cinta, walaupun dah berkali-kali Ayu terpaksa lukakan hatinya.
Banyak sangat isi2 cerita yang missing. Tak cukup elaboration untuk kisah cinta kasyah-ayu yang dikatakan lagenda tu. Kalau nak ikutkan buku, kisah diorang tu bukan setakat sedekad, tapi dekat dua dekad. Rasanya dari umur Kasyah 17 tahun dan tak silap, paling akhir Kasyah disebut sebagai 35 tahun. Bermakna usia pengorbanan cinta Kasyah sepanjang-panjang cerita Lagenda Budak setan tu hampir 18 tahun. Dalam usia yang setua tu, kita pasti terbayangkan betapa seksanya Kasyah menanti Ayu, betapa setianya dia pada cinta. Pendapat aku, kalau katakan nak muatkan satu buku cerita setebal tu, apakata kalau buat flashback. Ceritakan secara ringkas macam mana hero waktu sekolah, hero jumpa dengan heroin, hero berpisah dengan heroin, Kemudian bertemu balik. Buat macam Kuch Kuch Hota Hai ke pun ok jugak.. lagi bagus.. Anyway, Kasyah pun sepatutnya lebih jahat daripada apa yang digambarkan dalam filem, kalau tak, tak adalah nama budak setan. Tapi, hampa hatiku.. tak jahat langsung. Setakat gaduh, masuk cicak dalam tin 'cola' (cola..tolonglah..alahai, orang sebut coke beb..baru lah cun!), aku pun boleh buat...
Oh ya, aku bukan nak komen pelakon baru yang melakonkan watak Ayu@Emilia. (She's a good newcomer cuma kaku sikit, lepas ni boleh polish sikit skill lakonan tu yer dik). Cuma, ehem..berbalik pada novel tu.. Ayu tak mahu wajah yang sama, dia nak wajah yang lain. Jadi wajah dia sepatutnya lebih baik berbanding Ayu yang sebelumnya, tapi dalam masa yang sama, ada ciri-ciri yang dapat mengingatkan Kasyah pada Ayu. Dalam novel tu, Ayu digambarkan sebagai seorang yang cantik. Walaupun dia bertukar wajah, tapi, at the end of the story,kita masih akan menggambarkan dia sebagai cantik. Sepatutnya bila Ayu bertukar jadi Ayu@Emilia, kenalah ada perubahan, dari yang menarik kepada yang lebih menarik, tapi..bila tengok Ayu@Emilia dalam filem, aduhai..ini ke dikatakan perubahan. Lebih baik, kita maintain aje Lisa Surihani, kita buat macam cerita tv Bella@Elly Mazlin yang pernah keluar dalam TV3 dulu, dari yang kurang make up kepada yang lebih bermake-up dan berambut wig tu. Kan lagi bagus.
Skrip jangan ceritalah. Kalau ikut skrip, Kasyah dan Ayu akan bahasakan diri sebagai Syah dan Ayu. Inilah simbol keunikan percintaan diorang. Masa Ayu hilang ingatan , barulah Ayu bahasakan diri sebagai saya-awak walaupun Kasyah masih bahasakan diri dia sebagai Syah. Skrip pun tunggang-langgang. Penulis skrip tu, macam orang yang baru belajar buat skrip. Tak realistik langsung. Dan tolonglah, aku tak faham kenapa banyak betul air mata palsu yang jatuh sepanjang cerita tu... Letak eye-mo ker???? Padahal, sepanjang tengok movie tu, aku lebih banyak geleng kepala dan banyak cakap ek eleh.. mendelah nak nangis2 ni..sebab aku tak dapat nak feel langsung, tak dapat menghayati langsung filem yang ada depan mata tu, tak macam feel yang aku dapat bila aku baca buku cerita dia. Oh ya, jangan marah kalau aku cakap, skrip dia menghancurkan kredibiliti Farid Kamil sebab tak sesuai langsung....
Ending dia, lagilah hancur.. macam orang yang tengah kelam kabut nak habiskan makanan sebab ada appointment dengan girlfren pulak! Aku rasa lagi bagus kalau ending dia diadaptasi dari dalam buku. Kasyah dengan anak dia dalam tren LRT dan jumpa dengan Katerina. Lagi bagus daripada scene Kasyah duduk depan kubur Ayu dengan anak dia. Masya-Allah..sepanjang aku hidup, aku tak pernah pulak tengok ada satu manusia yang berani bawak anak yang baru berapa jam lahir pergi tanah perkuburan. Tak takut anak tu keteguran ker? Mak Leha tak pulak larang menantu daripada bawak cucu pergi tanah perkuburan. Oh ya, jangan salahkan Kasyah, salahkan Mak Leha yer...
Dalam banyak-banyak movie melayu yang aku tengok, inilah satu-satunya movie yang aku rasa aku akan bagi gred E. Kenapa? Lu fikir la sendiri! Baca novel tu dan dapatkan feel, dan bandingkan filem yang kita tengok tu. Jangan marah, kalau ada yang berpendapat filem kita kurang kualiti sebab ini adalah bukti kenapa filem kita dah jatuh standard. Memanglah tak semua..tapi, adalah dua tiga. Dan kalau nak adaptasi novel untuk jadi filem, silalah baca buku dan hayati sendiri auranya. Ini buku, gua cakap sama lu macam masterpiece.. Macam MonaLisa... Jadi our expectation is very high. Jangan main Tangkap dan Muat aje.
Lastly, si pengarah tu, cakap, masa pra tonton filem Lagenda Budak Setan, Ahadiat Akashah senyum simpul seperti berpuas hati lepas habis tengok cerita tu. Ye ke abang AA kita tu berpuas hati. Sorrylah, abang AA.. saya memang tak puas hati pun, walaupun masa kat panggung hari tu saya cuma bayar RM7 aje. Tak berbaloi lgsung!
Pendek kata, kalaulah ada sesiapa ajak tengok cerita Lagenda Budak Setan kat panggung, aku akan cakap macam Kasyah pada Ayu dalam perasaan yang serba salah sekali...'Maaf, takde duit kecil la...'