Sunday, August 8, 2010

Bila KETUANAN MELAYU dipersoalkan!

Apa nak jadi dengan MALAYSIA HARI INI? Kenapa ye? Sungguh saya tak puas hati bila ada yang menjadikan soal sensitif ini sebagai persoalan paling GLAMOUR yang boleh kalahkan isu sensasi model antarabangsa.

Masalahnya, bukan setakat yang berbangsa lain aje mempersoalkannya. Yang Melayu sendiri pun ada yang tak sedar diri nak persoalkan KETUANAN bangsa sendiri. Kenapa? Dah buang tabiat ker? Dah tak sabar nak jadikan negara sendiri macam negara yang lain. Yang menjadikan bangsa sendiri jadi melukut tepian gantang? Tak sabar nak jadikan diri sendiri mengemis di bumi sendiri? Lepas tu, yang merana bangsa sendiri. Diri Sendiri.

Tolonglah! Saya cakap bukan saya bangga sebab isu ini ada dalam Perlembagaan Malaysia dan tak boleh disentuh-sentuh. Tapi, ini soal maruah bangsa, umpama nama kita sendiri dan keturunan kita. Bagi saya, ini adalah satu penghinaan. Tak siapa suka kalau orang lain pertikaikan apa yang menjadi hak kita. Bangsa lain pun tolonglah, itukan permata bangsa Melayu, biarkanlah kami simpan dalam almari cermin kaca negara. Kalau anda buat begitu, kami pun akan hargai apa yang menjadi kepunyaan anda selama ini.

Untuk renungan, Ketuanan Melayu adalah satu isu yang menjadikan negara kita merdeka. Ini bumi Melayu dan Bumiputera, yang kami berani kongsikan bersama-sama bangsa-bangsa lain. Kami sediakan tempat untuk anda semua berteduh. Kami anggap anda macam saudara kami sendiri. Jadi, tolonglah hormati kami. Seperti mana kami menghormati anda semua. Seperti mana yang telah dipersetujui oleh Tok Nenek kita masa mereka memperjuangkan masa depan kita semua.

Rasanya, MALAYSIA hari ini sudah cukup indah untuk kita kongsikan bersama. Bukankah lebih baik kalau kita biarkan begitu, supaya anak cucu kita nanti dapat merasai apa yang kita rasai?? Bak kata Nabil Raja Lawak tu..Lu fikirlah sendiri!!!!